Senandung Malam....sila ke blog baru saya...senandungmalam.blogspot.com

Tuesday, October 03, 2006

Masa begitu pantas.......

4 tahun lalu (2002) ketika saya hendak berangkat ke bumi syam ini, tujuan cuma satu iaitu untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman. Bagi saya pada waktu itu, tempoh 4 tahun yang mendatang satu masa yang cukup panjang. Sudah pasti masa sepanjang itu mampu saya isikan dengan mencari mutiara-mutiara ilmu buat bekalan di hari muka.
Kini setelah berlalu 4 tahun, saya sedar, sesungguhnya 4 tahun bukan masa yang panjang. Pejam celik, pejam celik, bagai tak sedar saya sudah menempuh masa yang ditetapkan untuk saya berada di bumi bertuah ini. Saya koreksi kembali diri ini, adakah saya sudah menguasai segala ilmu yang saya azamkan dulu atau 4 tahun ini hanya berlalu tanpa ada sebarang pembaharuan. ternyata tepat sekali pepatah arab ada mengatakan" tuntutlah ilmu dari dalam buaian sampai keliang lahad". sesungguhnya masa yang kita lalui ini tidak cukup untuk kita menggali semua khazanah ilmu. seorang tokoh pernah menyebut"kerja yang ada di bahumu lebih banyak dari masa yang ada pada kamu"
Beberapa hari sebelum ramadhan, keputusan peperiksaan akhir saya keluar, alhamdulillah saya lulus semua mata pelajaran untuk tahun 4, Fakulti Syariah. Saya maklumkan kepada ibu, kakak dan abang keputusan saya. "Kalau dah habis, mak cadangkan balik dulu, kalau ada rezeki nanti sambung lain". demikian sms yang saya terima dari abang. Saya mula berfikir apakah dada ini telah cukup dengan ilmu untuk saya hadapi masyarakat atau pulang saya hanya pulang seperti dulu juga. saya mohon Allah berika kekuatan dan keberkatan kepada ilmu yang saya perolehi. Amin Ya Rabb.
Saya menghitung hari, hanya tinggal beberapa hari saja lagi, saya akan meninggalkan bumi berkat, Syria ini. rasa sebak mula ada dalam hati ini, entah mengapa saya mula jatuh cinta dengan Syria walaupun banyak perkara yang saya tidak suka pada orang-orangnya. Saya tanamkan azam akan kembali kesini. banyak lagi khazanah ilmu yang perlu digali disini.

7 Comments:

  • Selamat pulang mencurah bakti. Orang di sini lebih memerlukan sdr..

    By Blogger Unknown, at 10:10 PM  

  • salam ziarah,
    Selamat berblog dan selamat pulang membawa keberkatan ke tanah tumpah darah. perangilah taqlid dan kekufuran yang semakin nyaring mencabar kita dengan ilmu yang hak

    By Blogger rozais al-anamy, at 9:58 PM  

  • Salam.
    Adik, ilmu itu boleh kita cari di mana-mana. Di mana-mana ia akan ada. Yang susahnya, untuk mendidik diri mencintai ilmu dan berjuang seikhlas raga demi meraih redhaNya.

    Akak percaya,
    kepulangan adik nanti, insyaAllah ditunggu oleh jiwa-jiwa yang dahaga tarbiah dan cahaya. Dekatilah mereka, memberilah kepada mereka. Sehingga akhir hayat, biarlah kita jadi roh yg dahaga. Dahaga ilmu dan cintaNYa.

    By Blogger Zaharah, at 3:59 AM  

  • Sdr.jiwa rasa...
    doakan semoga sama-sama perjuangan kita diredhai Allah s.w.t


    Sdri. rozais....
    sama-sama kita perangi segala macam kekufuran dengan penuh hikmah. tugas kita semua adalah sama, berdakwah mengajak manusia kembali kejalan Allah.

    Ukhti Zaharah...
    Benar sekali, ilmu boleh dicari di mana-mana.yang susahnya untuk memelihara ilmu yang kita perolehi, terlalu ramai pejuang agama yang tumbang di tengah jalan dek umpan dunia yang sedikit ini.
    Moga-moga kita semua diberi kekuatan untuk menerus perjuangan yang kita warisi dari junjungan besar nabi Muhammad s..a.w

    By Blogger senandung malam, at 4:22 PM  

  • Adik Senandung Malam,

    Insya Allah, ada rezeki dapat ke sana lagi. Sebelum balik sematkan azam agar diberi peluang oleh Allah untuk bermukim lagi di bumi penuh barakah tu.

    Sememangnya Syria di antara bumi yang masih terpelihara budaya ilmunya.

    Nanti sambung MA ke...

    By Blogger ~albazrah~, at 6:13 PM  

  • Salam,
    Tahniah. Teruskan menuntut ilmu dan selamat datang ke dunia blog!

    By Blogger Nazhatulshima N, at 5:39 PM  

  • Sdri.Azma...
    terima kasih atas komen yang diberikan, insyaalah saya akan kembali kesini lagi, samada sambung MA atau terus belajar secara talaqqi. Terpulang pada keadaan.

    Sdri Nazhatul shima....
    terima kasih, insyaalah saya akan menulis beberapa catatan berkenaan syria selepas ini, bagi sama-sama memeriahkan dunia blog ini.

    By Blogger senandung malam, at 7:46 PM  

Post a Comment

<< Home