Senandung Malam....sila ke blog baru saya...senandungmalam.blogspot.com

Monday, October 09, 2006

Ramadhan-antara dua hakikat

Salam semua...
Hari ini 16 ramadhan , saya sempat berbuka puasa di jami' bab musalla kabir, memang setiap isnin ada majlis berbuka puasa. Buka macam biasa saja, dengan hidangan gandum -yang di panggil burghul- goreng(lebih kurang mcm nasi goreng), ada juga nasi minyak dan laban(susu masam).
Sempat solat isyak dan terawih di jami' badr yang terletak di kawasan muhajirin. Kali pertama untuk ramadhan tahun ini saya menunaikan solat di jami' badr. Imam yang mengimamkan solat ialah Syeikh Mahir Shakhashiro, seorang tenaga pengajar di maahad fatah Islamy.Suaranya cukup merdu. Rentak lagu yang dibawanya dalam solat cukup sukar untuk diikut. Makmum yang mengikut pasti akan khusyuk dengan bacaannya, bila sampai ayat yang menceritakan nikmat syurga lagunya mendayu, bila sampai pula ayat yang menceritakan azab neraka suaranya menjadi serak pula. begitulah seterusnya. Syeikh Mahir pada perkiraan saya tidak mengjangkau 40 tahun lagi, mungkin sekitar lewat 30-an.
Saya dan seorang lagi kawan, Nasbir, hanya sempat menunaikan 8 rakaat terawih. kami sama-sama keluar dan meninggalkan Jami' Badr. dalam perjalanan pulang, oleh kerana jami' ini terletak di penempatan elit, kami melalui beberapa restoren mewah. kelihatan bayak pasangan muda-mudi arab sedang asyik memadu asmara, yang perempuannya jangan di tanya, seksi habis. kopiah yang ada di atas kepala pun macam nak melayang bila tengok aksi mereka. Jangan kata arab semua hormati bulan ramaadhan , rupanya masih banyak lagi mereka yang langsung tak menghormati bulan barakah ini. Kadang-kadang ada juga terlintas dalam hati mengatakan mereka yang berkelakuan tak senonoh tu bukan beragama Islam, tapi pelik juga, ada yang berpakaian seksi, tapi tudung tetap atas kepala, sudah tentu agamanya adalah Islam.Saya meninggalkan kawasan muhajirin dengan menaiki servis(van) untuk balik ke rumah, tiba-tiba teringat senikata lagu yang pernah didendangkan oleh kumpulan The Zikr. Rangkapnya kira-kira begini, ramadhan, peluangnya sama natijah berbeza....itulah ramadhan antara dua golongan. ada yang cemerlang dalam madrasahnya, ada juga yang terus gagal dan tiada usaha untuk berjaya dalamnya.

3 Comments:

  • salam,
    tertarik dengan cerita arab ni. yang hairannya, macam mana seksi tapi bertudung? bukan Islam agaknya, dah jadi macam indonesia, Islam dan bukan Islam dah tak boleh dibezakan. Non Muslim pun ramai pakai songkok sebab ia budaya. harapnya wanita dalam cerita akhi tu pun bukan Islam, dan mungkin dia pakai tudung pun sebab budaya arab.

    By Blogger rozais al-anamy, at 9:08 PM  

  • Rasanya sukar menyangka mereka bukan beragama Islam,kerana di Syria majorati penduduknya beragama Islam,apapun Kita tetap mendoakan mereka diberi hidayah Allah S.W.T

    By Blogger senandung malam, at 4:58 PM  

  • Ustaz, selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    kullu aam wa antum bikhair

    By Blogger hakim dirani, at 9:55 AM  

Post a Comment

<< Home