Senandung Malam....sila ke blog baru saya...senandungmalam.blogspot.com

Friday, October 27, 2006

Catatan

Salam.........
Rasa agak lama saya tak sempat mengemaskini blog ini, kesuntukan masa agak membataskan pergerakan saya. berikut di bawah catatan ringkas perjalanan saya pulang dari Syria ke Malaysia lebih kurang 2 minggu lalu sehingga ke hari raya baru-baru ini.
15 Oktober
10.30 pg( waktu Syria): Saya mula bergerak meninggalkan kawasan kediaman saya, Sinaah, Damsyik. Bersama dengan beberapa teman kami menaiki teksi menuju ke lapangan terbang antarabangsa Damsyik. Syria seolah-olah menangisi kepulangan saya, hujan renyai-renyai mula turun sejak jam 9.30 pagi lagi.
11.15 pg hingga 12.00 tgh: sempat meluangkan masa untuk berborak bersama teman-teman, rasa hiba mula menerpa kedalam diri bila masa semakin hampir nak meninggalkan teman-teman. Masakan tidak 4 tahun bersama bukan satu masa pendek, susah senang bersama, kini sampai waktu nak berpisah.
12.10 tgh: Bergerak masuk ke kuanter chek-in, alhamdulillah walaupun bagasi saya melebihi had, petugas di kuanter tidak berkata apa-apa. Selamat duit, kalau tidak mesti kena bayar sebab lebih kilo yang dibenarkan.
1.45 tgh: Penerbangan Gulf Air 208 bergerak meninggalkan Lapangan terbang antarabangsa Damsyik menuju ke Bahrain. Penerbangan mengambil masa 4 jam.
5.45 ptg( waktu Bahrain): Penerbangan selamat mendarat,ketika saya keluar menuju ke tempat transit, waktu berbuka bagi negara Bahrain pun masuk.Selesai berbuka ala kadar terus menunaikan solat di surau yang disediakan.
6 ptg hingga 10 mlm: Waktu panjang yang cukup menjemukan, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan, sekadar meronda seluruh kawasan transit airport Bahrain. Ada tersempak juga 2-3 orang malaysia, tapi masing-masing takut nak bertegur.
11.00 mlm: Penerbangan Gulf Air 902 bergerak meninggalkan Bahrain menuju ke KLIA, pesawat akan mendarat seketika di Oman, demikian menurut kapten kapal. Penumpang dalam perut kapal hanya sekitar 80 orang. Sepanjang perjalanan tidak ada apa yang menarik nak dibuat, nak membaca langsung tak ada mood, hanya tidur dan sempat juga berborak bersama seorang teman dari Sudan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
16 Oktober
1.05 tgh(waktu Malaysia): Pesawat selamat mendarat di KLIA, dalam cuaca yang berjerebu,dalam perjalanan keluar menuju ke tempat pengambilan bagasi, sempat bertegur sapa dengan seorang teman dari Kulala Lumpur yang belajar di Mesir, kebetulan satu penerbangan bersama saya,lama juga bersembang sehingga terpisah bila masing-masing mengambil bagasi, baru saya sedar rupa-rupanya kami langsung tak bertanya nama walaupun bermacam-macam topik dah kami sembang.Selesai mengambil bagasi dan melepasi kuanter kastam,saya terus ke kuanter tiket MAS untuk confirm kan tiket saya ke Alor Setar.
2 ptg hingga 6.30ptg: Sekali lagi waktu panjang yang cukup menjemukan, habis tigkat KLIA saya ronda. Dari tingkat 3 ke 5, turun ke 4 begitulah seterusnya. Saya chek-in awal , kali ini tak lepas sebab barang lebih, perlu bayar, selepas berbincang dengan petugas di kuanter saya dikehendaki membayar Rm 40. Sempat juga telefon abang, maklumkan yang saya akan sampai di Alor Setar jam 8 45 mlm.
7.01 mlm: Waktu maghrib bagi Kuala Lumpur masuk, hanya meneguk air mineral sabagai syarat berbuka puasa. Terus menuju ke perut kapal.
7.45 mlm: Penerbangan bergerak menuju ke Alor Setar. Mengambil masa 50 minit.
8.35 mlm: Pesawat MAS mendarat di lapangan terbang Sultan Abdul Halim, Kepala batas(baru) dalam cuaca hujan lebat. Agak lama di kuanter mengambil bagasi. Terus keluar dan berjumpa mak, abang2 dan kakak2 yang sudah menunggu, turut sekali anak-anak saudara, ada yang saya kenal dan ada juga yang tak kenal( sepanjang 4 tahun saya di Syria, ada 10 anak saudara yang tak pernah saya bertemu). Terus pulang ke rumah, bersembang dengan ahli keluarga. Alhamdulillah setelah 4 tahun 2 bulan meninggalkan bumi bertuah ini, kini saya kembali.
17-23 Oktober
Hanya berjalan kawasan sekitar, Hujan lebat setiap hari membataskan pergerakan, amaran banjir mula kedengaran, saya dan mak serta abang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir. Masa diisi dengan melayan karenah anak-anak saudara.Mlm 17 Oktober, sempat mengikuti program Ihya` ramadhan DUN anak bukit bersama YB. Amiruddin Hamzah, Adun Anak bukit, di masjid kg. mergong. Diminta memberi tazkirah pendek.
19 Oktober
Mak adakan kenduri khatam al-Quran, seluruh ahli keluarga berhimpun. 5 abang dan 5 kakak ipar serta 3 kakak dan 3 abang ipar. Penuh rumah dengan kehadiran 39 orang anak saudara, yang tak hadir cuma 2, Fathullah dan Huzaifah.
23 Oktober
Hari raya aidilfitri, Saya menunaikan solat sunat hari raya di surang kubang perengas, kuala Kedah, jadi imam dan berkhutbah. Tengahari ziarah ke rumah YB. Amiruddin kemudian ke rumah mak lang, paktam dan ngah di changlon.
Maaf kalau catatan ini ada kekurangan, sekadar nak berkongsi kehidupan saya bersama semua teman-teman.

3 Comments:

  • Salam perkenalan Senandung Malam.
    Selamat kembali ke tanahair. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

    By Blogger sahrunizam abdul talib, at 8:31 AM  

  • Ustaz, hebat ya, berkhutbah, beri tazkirah.

    Ana tinggal sini lupa dah ketupat Malaysia, minat Humuz ma'a laban lak.

    By Blogger hakim dirani, at 10:35 AM  

  • Adik SM,
    selamat kembali ke tanah air dan salam eidulfitri. Alhamdulillah, sireh pulang ke gagang dan tak lupakan tanggungjawab pada masyarakat. Itulah tanggungjawab org yg berilmu. Menyampaikan. Tak macam abang akak, sewaktu pulang dari mesir dulu, nak suruh jadi imam, kena kejar keliling kampung.Lari nyorok.

    Akak doakan adik tabah dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin kepada masyarakat dan keluarga yang besar.

    By Blogger Zaharah, at 7:09 AM  

Post a Comment

<< Home