Senandung Malam....sila ke blog baru saya...senandungmalam.blogspot.com

Monday, November 13, 2006

Beza antara 2

Berikut beberapa perbezaan yang sempat saya nukilkan antara kehidupan di Syria dan Malaysia:
- Di Syria, berjalan sekitar jam 3 pagi tanpa ada rasa takut kalau-kalau ada perompak. Saya sendiri selalu berjalan sekitar waktu ini balik dari rumah kawan-kawan atau rumah persatuan.
- Di Malaysia, berjalan sekitar jam 1 tengahari di jalan masjid india sambil menggalas beg, tentu ada sedikit rasa gelisah dan berjaga-jaga, kalau-kalau ada peragut.
- Di Syria, tidur di rumah sahabat saya yang betul-betul berjiran dengan kubur, langsung tak ada rasa seram menjelma, siap buka pintu dan tidur di sebelah kubur.
-Di Malaysia,perjalanan pulang dari Bandar darul aman ke rumah saya melalui kawasan perkuburan, dengan menaiki motosikal, tiba-tiba terasa seram. Tak tahu kenapa.
-Di Syria, masuk restoren untuk sarapan pagi, tak tahu apa yang nak dipesan, menu terlalu terhad.
-Di Malaysia, masuk restoren, tak tahu apa yang nak dipesan lantaran menu yang berlambak.
-Di Syria, pemandu di jalanraya cukup "lok laq", tapi sangat jarang berlaku kemalangan.
-Di Malaysia, pemandu berjiwa cermat, berhati-hati, rasa-rasanya seganas-ganas pemandu malaysia itulah paling cermat pemandu arab, tapi jumlah kemalangan setiap hari bertambah.
-Di Syria, naik bas dari Damsyik ke Halab(sekitar 450 km), tambang hanya sekitar rm 9. Murah mungkin sebab sepanjang lebuhraya langsung tiada pengutip wang(tol).
-Di Malaysia, bas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, tambang sekitar rm 30. Mahal mungkin terlalu banyak pengutip wang sepanjang perjalanan.
- Di Syria, keluar rumah seawal 7 pagi, suasana pasti sunyi, masyarakat arab akan menggunakan waktu pagi untuk proses "tahi mata".
-Di Malaysia, jam 7 pagi jalan dah mula sesak, rakyat Malaysia memahami keberkatan waktu pagi untuk membuka pintu rezeki.
Demikian sebahagian catatan perbezaan antara 2 negara yang sempat saya nukilkan. Insyaallah di lain kesempatan saya akan sambung lagi perbezaan ini.

9 Comments:

  • Ustaz, memang betul, saya setuju sangat perbezaan tu.

    By Blogger hakim dirani, at 10:19 AM  

  • Salam,
    Orang Syria memang suka tidur lepas subuh ye?? Hmm..

    By Blogger aslina_bidadari, at 11:23 PM  

  • tentu seronok pengalaman di negara-negara arab ini.

    By Blogger mohamad kholid, at 5:58 AM  

  • Mungkin orang arab sahaja. orang macam Senandung Malam Mungkin tidak tidur selepas subuh kan? :)

    By Blogger hakim dirani, at 10:01 AM  

  • emmm... bila agaknya boleh sampai ke bumi syria...

    By Blogger IFFAH, at 6:06 PM  

  • salam Bayu menyapa lembut mengirama Senandung Malam..:)

    satu lagi senandung malam, di syria tak ada air teh tarik la.. sirap pun tak ada..jadi kepada sapa yang nak mai sini, toksah dok pk nak order macam makan di restoran malaysia.. minuman saja dah satu buku list..kan senandung malam?

    By Blogger BaYu SenJa, at 7:49 AM  

  • hakim..
    mmg betul pun tak kan saya nak tulis yang tak betul..he...he

    kaki bangku..
    mudah-mudahan impian anda termakbul.

    aslina_bidadari...
    Masyarakat syria ja la kot, orang Malaysia yang di Syria mungkin tak terikut.

    Mohamadkholid..
    Seronok sebab boleh mendapat beberapa pengalaman baru.

    Iffa humaira'...
    moga-moga saudari pun dapat sampai ke sana.

    Bayu senja..
    boleh tahu anda pelajar syria ka.?

    By Blogger senandung malam, at 11:01 PM  

  • Salam Senandung Malam,
    Terhibur membaca blog saudara.
    Hahaha... Penampilan fakta yang cukup tepat.

    Salam perkenalan.

    By Blogger INDERA KENCANA, at 12:07 AM  

  • salam senandung malam diMalaysia kita,

    pertamanya salam perkenalan,

    perbezaan yang telah senandung malam rasakan itu, sebenarnya telah menambahkan pengalaman buat saya, kerana perbezaan itu bertahun2 lamanya senandung malam lalui, tapi saya tidak sampai 15 minit sudah mengetahui tentang itu.

    terima kasih.

    salam perkenalan.

    By Blogger banggugar, at 3:46 AM  

Post a Comment

<< Home