3 Perkara......
Pertamanya terima kasih untuk Hakim kerana memilih saya untuk menerusakan TAG ini. Maaf kerana agak terlewat dalam menyiapkan tulisan ini.Maaf juga kalau tak berapa sempurna.
3 Perkara yang saya akan lakukan sekiranya menjadi jutawan.
3 Perkara yang saya akan lakukan sekiranya menjadi jutawan.
- Membina 9 buah rumah kediaman sederhana untuk semua adik-beradik saya.
- Menyumbang untuk gerak-kerja Badan-badan politik dan NGO Islam.
- Membina Pusat Tamadun Ilmu, untuk menghimpunkan pemikir-pemikir Islam
3 Tabiat buruk.
- Sukar mengakui kesilapan diri.
- Sukar untuk mula berbicara dengan orang yang tak di kenali.
- Suka untuk menangguh kerja.
3 Perkara yang saya tak suka melakukannya.
- Membantu orang yang berlagak pandai.
- Duduk dalam kumpulan yang bersembang tetapi topik tidak menarik.
- Menunggu orang membaca akhbar untuk sampai ke giliran kita.
3 Perkara yang minta simpang dariNya.
- Menyekutukan Allah.
- Ingkar dan derhaka kepada Ibu.
- Cenderung hati kepada pemerintah yang zalim(tidak berlandaskan Islam).
3 Permata Hati Saya.
- Ibu tercinta.
- Abang-abang dan Kakak-kakak serta anak-anak saudara.
- Kawan-kawan.
3 Tokoh Politik Paling dikagumi dan sebabnya.
- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berjaya menampilkan ciri-ciri pemimpin adil, mewarisi kepiminan Umar Abdul Aziz.
- Allahyarham Dato' haji Fadzil Mohd Nor, Bijak membaca percaturan politik sehingga digeruni lawan dan dikagumi kawan.
- Tun Dr. Mahathir Mohd, Pintar dan licik dalam berpolitik.
3 Negara yang paling menarik pernah dilawati.
- Thailand, menarik sebab bermula dari Yala sehingga ke Chiang rai dapat berjumpa dengan berbagai-bagai golongan.
- Makkah dan Madinah, tenang sekali bila menjejak kaki ke bumi bertuah ini.
- Syria, seolah-olah bumi kedua bagi saya selepas Malaysia.
3 Saat paling bermakna.
- 16 Syaaban 1403.
- 1 September 2004
- Masih mencari tarikh........
3 perkara tentang diri saya.
- Bercermin mata.
- Sukan kegemaran ialah Bola Sepak.
- Badan yang memang kurus dari dulu dan tak pernah naik-naik.
3 Topik yang menarik untuk berborak.
- Politik.
- Sukan
- Agama.